Karangkraf terima anugerah Content Innovator WITA 2023

Hashim menerima anugerah mewakili Hussamuddin yang disampaikan oleh Farinawati dalam WITA 2023 pada Jumaat. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Hashim menerima anugerah mewakili Hussamuddin yang disampaikan oleh Farinawati dalam WITA 2023 pada Jumaat. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SUBANG JAYA – Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menerima Anugerah Content Innovator dalam World Islamic Tourism Award (WITA) yang berlangsung di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

World Islamic Tourism Award (WITA) 2023 dianjurkan bagi menghargai mereka yang menyumbang kepada kejayaan dalam industri pelancongan Islam.

Sebanyak 55 anugerah diberikan kepada individu dan pemain industri yang bekerja keras memastikan industri pelancongan Islam di rantau ini terus pada tahap terbaik.

Hussamuddin diwakili Pengurus Kanan Tugas Tugas Khasnya, Hashim Anang menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din.