Atlet, angkasawan, sasterawan terima Anugerah The Knights 2023

Seramai 70 orang penerima Anugerah The Knights 2023 daripada pelbagai bidang.
Seramai 70 orang penerima Anugerah The Knights 2023 daripada pelbagai bidang.
A
A
A

SHAH ALAM - Jaguh skuasy negara, Datuk Nicol David, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr A.Samad Said merupakan antara 70 penerima Anugerah The Knights 2023.

Menurut kenyataan The Knights Award 2023 itu, ketiga-tiga mereka itu menerima pengiktirafan bagi Anugerah The Duke individu peribadi.

“Anugerah itu (The Duke Award) dibuat untuk memberi penghormatan tertinggi kerana pemenang bagi kategori tersebut tiada duanya dan lambang kecemerlangan serta kepimpinan.

“Kategori ini turut dimenangi oleh Profesor Tan Sri Datuk Dr Ghauth Jasmon, Datuk Seri Norman Pang, Puan Sri Dr Shariffa Sabrina, Rizal Nainy, Dr Ricky Beh dan Jonathan Chik serta Leng Yein,” kata kenyataan itu.

Bagi kategori The Duke Award untuk sektor korporat dimenangi oleh Tay Motors (M) Sdn Bhd, WKV Holdings Sdn Bhd, Vivo, Parkroyal Collection KL, De.Wan 1958, Influasia Sdn Bhd, Raaji Silk Palace Sdn Bhd, RS Group, Lokes Ice Cream Sdn Bhd dan Lifecare Alliance Sdn Bhd.

Tambah kenyataan tersebut, Anugerah The Knight 2023 turut mempunyai dua kategori lain iaitu The Earl dan The Baron.

Beritahu kenyataan itu, Anugerah The Earl diberikan berdasarkan kejayaan cemerlang seseorang berdasarkan sumbangan dalam bidang yang diceburinya.

Antara penerima anugerah bagi kategori individu peribadi ialah Datuk Ismail Nordin, Datuk Jason Tan, Bob Lam, Jack Lim, Rizal Nainy, Dr Ricky Beh, Mark Lee Kok Huang, Zung Ninja, Jaclyn Victor, Rebecca Chan, Danny Goh, Datuk Aaron Aziz, Caroline Ang, Edison Ser dan Foong Wai Leon serta Kelvin Chan.

“Pemenang korporat pula dimenangi oleh Kumpulan RS, Klinik Pergigian Smileway, Ledgit Viable Sdn Bhd, Shero Cosmetic, De.Wan 1958, Tay Motors (M) Sdn Bhd, WKV Holdings Sdn Bhd, Raaji Silk Palace Sdn Bhd, Lokes Ice Cream Sdn Bhd dan Lifecare Alliance Sdn Bhd.

“Ia juga turut dimenangi oleh Jade Garden Seafood Corner, De Kangaroo Production, Bam & Co, Tanah Aina Sdn Bhd, Autoris Adjusters Sdn Bhd, TCM & Western Naturopathic (M) Sdn Bhd dan Chamrun Digital Group,” kata kenyataan itu.

Bagi anugerah The Baron, ia merupakan penghormatan bagi mengiktiraf penggerak industri yang semakin meningkat kerana idea, inovasi dan kepintaran telah mengubah landskap perniagaan.

Antara penerima anugerah itu bagi kategori individu peribadi ialah Amber Tang, Arnold Kwok, Leanz Lim Wei Kuang, Eur Ing Hong Wai Onn, Kyle Tham dan Aya Wong.

Bagi kategori korporat pula, dimenangi oleh Damoo Kitchen & Event Sdn Bhd, Gryn Tech Sdn Bhd, HAL Empire Sdn Bhd, Worldwide Express Logistics Sdn Bhd, IDOM Worldwide, Sunshine Asia Group Sdn Bhd, Leng Sean Grooming, Ash Baker Fragrances, TS Marine Frozen Sdn Bhd dan The Herba Room Enterprise.

Kata kenyataan itu lagi, Anugerah The Knights 2023 bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan usahawan dengan menyediakan platform untuk mengiktiraf pencapaian yang cemerlang.

Menerusi tema ‘Bond, Build dan Bloom’, majlis anugerah tersebut menekankan kepentingan kerjasama rentas industri dan sempadan untuk pendedahan pasaran maksimum demi kejayaan bersama.