Korban akibat keganasan di Manipur cecah 175 orang

Angka korban akibat keganasan etnik yang berterusan di Manipur dekat timur laut India kini mencecah 175 orang. Gambar hiasan
Angka korban akibat keganasan etnik yang berterusan di Manipur dekat timur laut India kini mencecah 175 orang. Gambar hiasan
A
A
A
NEW DELH - Angka korban akibat keganasan etnik yang berterusan di Manipur dekat timur laut India kini mencecah 175 orang, kata pegawai pada Jumaat.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh polis di negeri itu pada petang Khamis, sejak tercetusnya keganasan pada 3 Mei, seramai 175 orang telah terbunuh dan 1,118 lagi cedera, manakala 33 dilaporkan hilang, lapor Xinhua.

Jumlah senjata yang dirompak dari gudang senjata negara pula sebanyak 5,668.

Bagaimanapun, setakat ini, hanya 1,329 senjata dapat dijumpai semula.



Polis berkata tentera kerajaan memusnahkan sekurang-kurangnya 360 kubu haram di negeri itu.

Manipur bergelut dengan keganasan sejak tercetusnya protes dalam kalangan puak berhubung status komuniti Meiteis - ditetapkan untuk kumpulan yang sosioekonomi kurang bernasib baik yang memberi mereka peluang dalam pendidikan dan pekerjaan di sektor kerajaan. - Bernama-Xinhua
Artikel Berkaitan: