Status OKU bukan penghalang sertai perarakan kemerdekaan

Sebahagian OKU yang menyertai perarakan sejauh dua kilometer pada Program Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dekat sini.
Sebahagian OKU yang menyertai perarakan sejauh dua kilometer pada Program Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dekat sini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Status orang kurang upaya (OKU) buktikan kekurangan bukan penghalang untuk mereka menyertai perarakan sepanjang dua kilometer sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di sekitar Kuala Selangor pada Jumaat.

Penyelia Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kuala Selangor, Mohamed Aqmal Mohamed Yazman berkata, seramai 150 OKU PPDK Kuala Selangor mengambil bahagian dalam perarakan berkenaan.

Menurutnya, jelas tergambar mereka teruja dengan semangat patriotik dalam menzahirkan rasa cintakan kepada negara.

"Sebagai insan biasa, kita bertanggungjawab untuk menyemai rasa kasih sayang kepada negara melalui pelbagai kaedah serta cara yang mudah difahami golongan OKU.

“Walaupun berkerusi roda, mereka tetap bersemangat muhibah bagi meraikan program sempena bulan kebangsaan," katanya pada Program Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dekat sini.

Mohamed Aqmal memberitahu, perarakan itu bermula dari pekarangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuala Selangor melalui sebuah stesen minyak di Bandar Baru Malawati, Stesen Bas Kuala Selangor dan seterusnya pulang semula ke PKMD.

Selain PPDK Kuala Selangor, perarakan itu turut disertai Sekolah Pra Jabatan Agamq Islam Selangor (JAIS), PKMD Kuala Selangor, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Selangor, Balai Bomba dan Penyelamat, Ibu Pejabat Polis Daerah dan SRA Ambulans.

Daerah Kuala Selangor mempunyai lima PPDK iaitu di Kuala Selangor, Tanjong Karang, Ijok, Puncak Alam dan Saujana Utama dengan seramai 200 OKU dan 38 guru.

Artikel Berkaitan: