Arteta buat Arsenal kembali dikagumi

Arteta menjulang trofi Perisai Komuniti selepas Arsenal menewaskan Manchester City di Stadium Wembley, Ogos lalu. - Foto AFP
Arteta menjulang trofi Perisai Komuniti selepas Arsenal menewaskan Manchester City di Stadium Wembley, Ogos lalu. - Foto AFP
A
A
A

LEGENDA Arsenal, Lauren menyifatkan pengendali The Gunners, Mikel Arteta berjaya meletakkan semula kelab London tersebut kembali menjadi antara pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang digeruni.

Menurut bekas pemain era The Invincibles kendalian Arsene Wenger itu, karakter dimiliki bekas penolong Pep Guardiola semasa di Manchester City itu menjadi asas kepada pembentukan Arsenal yang lebih berdaya saing ketika ini.

“Arteta telah mengubah hala tuju kelab sejak mengambil alih beberapa tahun lalu menjadikannya dikagumi semua orang dalam dan luar kelab, sesuatu yang sukar dibentuk sebelum ini.

“Apabila anda pergi ke Emirates, anda akan merasakannya. Malah keazaman dan dedikasi Arteta ketika pramusim meyakinkan para penyokong Arsenal.