Peniaga maut dalam pergaduhan di Taiping

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Polis menahan seorang lelaki berusia 40-an yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai serbaneka, Pokok Assam, Taiping yang menyebabkan seorang lelaki berusia 50-an maut, pada Selasa.

Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, polis menerima panggilan kira-kira 4.15 petang semalam dan berjaya menahan suspek yang bekerja sebagai buruh binaan di tempat kejadian.

"Mangsa yang juga peniaga meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil tangkapan, polis juga merampas sebuah topi keledar dan tiga batang kayu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, ujian saringan awal ke atas suspek didapati positif dadah jenis morphin, dan suspek telah direman selama seminggu untuk membantu siasatan, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, bedah siasat ke atas mangsa telah dibuat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada Rabu dan mendapati punca kematian adalah disebabkan penyakit jantung dengan kecederaan tisu lembut pada badan. - Bernama

Artikel Berkaitan: