Mangsa rogol dirujuk ke HKL, polis buru 5 lelaki

Polis mencari saksi kejadian bagi membantu menyelesaikan kes rogol bergilir-gilir di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Rabu.
Polis mencari saksi kejadian bagi membantu menyelesaikan kes rogol bergilir-gilir di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mangsa rogol bergilir-gilir oleh lima lelaki yang dipercayai dilakukan rakan abang iparnya pada Rabu telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, wanita malang itu telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

"Pihak polis memohon kerjasama orang ramai mengesan saksi bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, orang ramai mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Kesemua suspek telah melarikan diri dan pihak polis sedang berusaha untuk mengesan mereka," ujarnya.

Pada Rabu jam 4.52 pagi, polis menerima laporan daripada seorang wanita warga tempatan menyatakan dia telah dirogol jam 3.30 pagi.

Mangsa dirogol oleh lima lelaki warga tempatan secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Wangsa Maju, dekat sini.

Artikel Berkaitan: