Seminar Soul Fitness & Wellness Breakaway tawar panduan 'healing' sebenar

Seminar Soul Fitness & Wellnness Breakaway akan berlangsung di Cherengin Hills Convention & Spa Resort Janda Baik, Pahang pada 28 September ini bermula jam 10 pagi hingga 4 petang. (Gambar kecil: Marhaini (kiri), Yasmeen)
Seminar Soul Fitness & Wellnness Breakaway akan berlangsung di Cherengin Hills Convention & Spa Resort Janda Baik, Pahang pada 28 September ini bermula jam 10 pagi hingga 4 petang. (Gambar kecil: Marhaini (kiri), Yasmeen)
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah IkhlaS (WUIF) mengorak langkah dalam membawakan penghayatan al-Quran dengan menganjurkan 'Seminar Soul Fitness & Wellness Breakaway' bagi memberi solusi kepada kehidupan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, seminar berpandukan kalam ALLAH dan sains itu akan mengetengahkan kaedah set semula (reset) kesihatan melalui pola pemakanan, budaya hidup, pemikiran dan spiritual.

"Seminar ini memandu kita untuk 'reset, recharge & re-enforce' kehidupan dengan suntikan dan motovasi dari al-Quran selain menimba ilmu dari pihak profesional dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

"Model dan modul yang digunakan adalah Gerakan Wellness #Quranicvalley menerusi perkongsian kapsul video sebagai konten wakaf bagi memberi gambaran, panduan al-Quran dan hadis kesihatan untuk panduan cara hidup Muslim di rumah, sekolah, organisasi, komuniti dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Marhaini memaklumkan, program tersebut membariskan panel penceramah yang berpengalaman, antaranya Pengasas Wellness Quranic Valley, Dr Yasmeen Mohamed; Ketua Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Kawalan Kualiti WUIF, Safri Muhammad Zein; pentadabbur My#Qurantime, Fazrul Ismail dan perunding psikologi organisasi, Dr Alizi Alias.

Barisan panel penceramah Seminar Soul Fitness & Wellness Breakaway bersama para petugas selepas taklimat Penyelarasan Media Wellness Quranic Valley di pejabat WUIF pada Rabu.
Barisan panel penceramah Seminar Soul Fitness & Wellness Breakaway bersama para petugas selepas taklimat Penyelarasan Media Wellness Quranic Valley di pejabat WUIF pada Rabu.

Sementara itu, Yasmeen berkata, seminar anjuran bersama Soul Fitness, Re Leaf dan Aqma itu memberi panduan kepada orang ramai terutama penghidap penyakit kronik seperti barah untuk menguruskan kehidupan dengan lebih baik.

"Bila 'reset' sistem badan, kita boleh menerima dan hidup bersama penyakit dihidapi dengan gembira. Ini mesej yang mahu disampaikan kepada mereka.

Artikel Berkaitan:

"Kita sebenarnya boleh hidup lebih lama dengan penyakit, tetapi adakah kita mahu menyusahkan, membebankan orang lain (sedangkan) kita boleh hidup berdikari. Jadi menerusi seminar ini, mereka akan diberi panduan bagaimana untuk sembuh secara mental," ujarnya.

Sesi taklimat Penyelarasan Media Wellness Quranic Valley pada Rabu.
Sesi taklimat Penyelarasan Media Wellness Quranic Valley pada Rabu.

Beliau yang merupakan seorang saintis dalam bidang fotokimia mengkaji pelbagai tumbuhan dan mempunyai 185 formula tumbuhan untuk kesihatan.

Seminar Soul Fitness & Wellnness Breakaway akan berlangsung di Cherengin Hills Convention & Spa Resort Janda Baik, Pahang pada 28 September ini bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

Orang ramai yang ingin menyertai program berkenaan boleh menghubungi talian 011-6430 7480 untuk sebarang pertanyaan.