Tiga kes kematian akibat keganasan rumah tangga tempoh dua bulan

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga kes keganasan rumah tangga hingga melibatkan kematian direkodkan di Selangor dalam tempoh dua bulan pada Ogos dan September.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, keganasan rumah tangga bukan sahaja melibatkan kecederaan fizikal atau mental malah ada yang maut akibat menjadi mangsa penderaan.

"Sekitar Ogos dan September, kita dikejutkan dengan tiga kes keganasan rumah tangga sehingga mengakibatkan kematian iaitu di Serdang, Kajang dan Petaling Jaya.

"Kes pertama melibatkan seorang budak yang didera sehingga maut oleh ibu dan teman lelakinya, kes kedua melibatkan kematian seorang isteri sehingga mati, manakala kes ketiga seorang anak telah membunuh bapanya sendiri," katanya.