Lelaki cedera kereta Axia terbalik

Tangkap layar video menunjukkan kereta Perodua Axia terbalik selepas bergesel dengan Nissan Almera yang keluar simpang di Jalan Sultan Nazrin Shah di Ipoh. - Foto ihsan pembaca
Tangkap layar video menunjukkan kereta Perodua Axia terbalik selepas bergesel dengan Nissan Almera yang keluar simpang di Jalan Sultan Nazrin Shah di Ipoh. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki cedera apabila kereta dipandunya terbalik selepas bergesel sebuah kenderaan yang keluar simpang di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Taman Song Choon di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, video rakaman kemalangan membabitkan kereta jenis Nissan Almera dan Perodua Axia itu tular di media sosial hingga mendapat perhatian masyarakat.

"Siasatan mendapati nahas itu berlaku sekitar jam 3.08 petang apabila Nissan Almera yang dipandu wanita berusia 21 tahun itu keluar dari simpang.

"Ketika membelok ke kanan menghala ke Jalan Sultan Nazrin Shah, kenderaan itu bergesel dengan kereta Perodua Axia yang dipandu lelaki berusia 31 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut beliau, kemalangan itu menyebabkan kereta lelaki terbabit terbabas dan terbalik ke kiri jalan.

"Dalam kejadian itu, wanita terbabit tidak cedera manakala pemandu lelaki mengalami cedera ringan dan dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

"Kes disiasat di bawah Kaedah 3(2)(B) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan satu saman dikeluarkan terhadap wanita berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan: