Jabatan Negara AS sahkan perjanjian tukar banduan dengan Iran

Jurucakap Jabatan Negara mengesahkan bahawa Blinken menandatangani perjanjian pertukaran tahanan dengan Iran dan menarik balik pegangan ke atas dana Iran berjumlah AS$6 bilion. - Foto AFP
Jurucakap Jabatan Negara mengesahkan bahawa Blinken menandatangani perjanjian pertukaran tahanan dengan Iran dan menarik balik pegangan ke atas dana Iran berjumlah AS$6 bilion. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Jurucakap Jabatan Negara mengesahkan bahawa Setiausaha Negara Antony Blinken menandatangani perjanjian pertukaran tahanan dengan Iran dan menarik balik pegangan ke atas dana Iran berjumlah AS$6 bilion (RM28 bilion), lapor Sputnik.

"Seperti yang kami katakan sebelum ini, AS bersetuju untuk membenarkan pemindahan dana dari Korea Selatan ke akaun terhad yang dipegang di institusi kewangan di Qatar dan pembebasan lima warga Iran yang kini ditahan di Amerika Syarikat bagi memudahkan pembebasan lima warga AS yang ditahan di Iran," kata jurucakap itu pada Isnin.

Jurucakap itu menegaskan bahawa dana Iran terbabit hanya boleh digunakan untuk membiayai pembelian barangan kemanusiaan Iran; perjanjian itu tidak membatalkan sebarang sekatan AS ke atas Iran.

Dana Iran akan dipindahkan ke akaun terhad di Qatar dan Amerika Syarikat akan mengawasi bagaimana dan bila dana ini digunakan, kata jurucakap itu. -Bernama-Sputnik

Artikel Berkaitan: