Pesara rugi RM47,600 diperdaya Macau Scam

Mohd Wazir
Mohd Wazir
A
A
A

TEMERLOH - Bimbang wang simpanannya dibekukan, seorang pesara tanpa syak wasangka memindahkan RM47,600 ke akaun bank milik individu tidak dikenali.

Tindakan tersebut membuatkan wanita berusia 61 tahun itu mengalami kerugian besar akibat ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada awalnya mangsa dihubungi menerima panggilan telefon mendakwa diri dari syarikat telekomunikasi mengatakan talian telefon miliknya telah didaftarkan untuk perjudian haram.

Menurutnya, talian kemudiannya disambung kepada pegawai polis yang kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

"Mangsa didakwa terlibat dalam kes penggubahan haram dan perlu memindahkan wang simpanan ke akaun sementara kerana akaun bank miliknya akan dibekukan.

"Mangsa telah membuat pemindahan ke tiga akaun CIMB dan Agro Bank menerusi 11 transaksi yang kesemuanya berjumlah RM47,600," katanya.

Beliau berkata, selepas pemindahan wang dilakukan, individu yang mengaku pegawai polis memberi jaminan kes akan diselesaikan.

"Selepas pemindahan selesai, mangsa sedar yang dirinya telah diperdaya dan membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun kes sebegini kerap berlaku, orang ramai masih kurang pengetahuan dan mudah ditipu.

"Oleh itu, orang ramai khususnya pesara harus lebih berwaspada," katanya.