Dua pelajar berkelahi dipanggil polis

Dua pelajar akan dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan berkait perkelahian yang tular di media sosial pada Ahad.
Dua pelajar akan dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan berkait perkelahian yang tular di media sosial pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Dua pelajar sekolah akan dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan kes kelahi yang tular di media sosial pada Ahad.

Remaja berusia antara 14 hingga 15 tahun itu dipercayai dari salah sebuah sekolah menengah di Ketereh.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, video berdurasi 46 saat itu telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Inforoblock.

"Rakaman itu memaparkan kejadian dua pelajar sekolah sedang berkelahi di kawasan tanah lapang dengan disaksikan oleh sekumpulan remaja lelaki yang lain.

"Kejadian itu berlaku pada Khamis lalu sekitar jam 3 petang di kawasan Kampung Bukit Kecik, Melor," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua suspek.

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh enam bulan atau dikenakan denda sehingga RM1,000 atau dengan kedua-duanya.

Mohd Rosdi memberitahu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan atau boleh menghubungi talian 017-2509251 atau 09-7752200," katanya.