Kes bacaan doa tular: Polis serah siasatan kepada Jawi

Jawi sebelum ini memaklumkan akan menjalankan siasatan lanjut berkenaan tindakan seorang lelaki yang membaca doa dalam satu majlis yang turut disertai upacara keagamaan penganut lain.(Gambar kecil:Mohd Shuhaily)
Jawi sebelum ini memaklumkan akan menjalankan siasatan lanjut berkenaan tindakan seorang lelaki yang membaca doa dalam satu majlis yang turut disertai upacara keagamaan penganut lain.(Gambar kecil:Mohd Shuhaily)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Siasatan berkenaan tindakan seorang lelaki yang membaca doa dalam satu majlis yang turut disertai upacara keagamaan penganut lain diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, setakat ini tiada unsur jenayah dan ia lebih kepada isu agama.

"Siasatan kes ini telah diserahkan kepada pihak Jawi.

"Jika ada unsur jenayah dalam kes itu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman akan siasat," katanya pada Sabtu.

Pada Rabu, Jawi dalam satu kenyataan memaklumkan akan menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara terbabit bagi memastikan tiada unsur menyalahi hukum dan fatwa yang sedang berkuat kuasa.

Sebarang kesalahan yang berhubungan dengan akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Pada Jumaat, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan satu laporan diterima pihaknya pada 22 Ogos.

ARTIKEL BERKAITAN:Polis siasat kes bacaan doa tular