DAP bantu UMNO pertahan Pelangai - Anthony Loke

Anthony Loke.
Anthony Loke.
A
A
A

PUTRAJAYA - DAP akan membantu UMNO mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dengan menggerakkan jenteranya.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu dibuat susulan daripada usaha keras jentera Barisan Nasional (BN) yang bersungguh memenangkan calon Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Sabtu.

“Adalah jelas melihat jentera Barisan Nasional juga telah bersungguh-sungguh berkempen untuk mendapatkan undi di kawasan-kawasan ini dan bagi parti kita, kemenangan itu amat memberangsangkan.

“Memandangkan DUN Pelangai itu di bawah Parlimen Bentong yang mana ia dipegang oleh wakil daripada DAP iaitu Young Syefura Othman maka sudah tentu parti akan menggerakkan jentera untuk menumpukan perhatian di kawasan berkenaan,” katanya sewaktu sidang media Persidangan Tahunan DAP 2023 yang berlangsung di Hotel Marriott.

Pada Sabtu, PH berjaya mengekalkan kemenangan di Parlimen Pulai apabila calon parti itu, Suhaizan Kayat disahkan menang selesa dengan majoriti undi 18,641.

Dalam pada itu, Nazri Abdul Rahman telah berjaya memenangi kerusi DUN Simpang Jeram dengan majoriti undi 3,514.

Persidangan Tahunan DAP itu merupakan acara pertama sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.

Sebanyak 1,530 wakil cawangan dari seluruh negara dan melibatkan 3,868 perwakilan menghadiri persidangan itu. Jumlah itu penglibatan itu mencatatkan peningkatan berbanding kongres DAP tahun lalu.

Artikel Berkaitan: