[Tidak rasmi] PRK Pulai, DUN Simpang Jeram: PH-BN mendahului kiraan undi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) dan BN mendahului pengiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram setakat jam 7.46 petang Sabtu.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, PH mendahului di Pulai dengan 29,683 undi mengatasi Perikatan Nasional (PN) 18,293 undi manakala Bebas 328 undi.

"Majoriti di Pulai dalam tempoh itu 11,390 undi. Ini berdasarkan 183 daripada 297 peti undi.

"Sementara PRK di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pula, PH mendahului dengan 8,247 undi manakala PN 5,981 dan Bebas 149 undi.

"Majoriti undi adalah 2,266 dan melibatkan 183 daripada 297 peti undi," tulisnya dalam Facebook miliknya pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: