Sasaran 70 peratus keluar mengundi PRK Pulai, Simpang Jeram tidak tercapai

Pengundi menunaikan tanggungjawab pada PRK Parlimen Pulai di Saluran 2, Pusat Pembuangan Undi di SK Seri Melati, Taman Melati, Tampoi, Johor Bahru pada Sabtu
Pengundi menunaikan tanggungjawab pada PRK Parlimen Pulai di Saluran 2, Pusat Pembuangan Undi di SK Seri Melati, Taman Melati, Tampoi, Johor Bahru pada Sabtu
A
A
A

JOHOR BAHRU - Peratusan keluar mengundi dijangka tidak mencapai sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu sebanyak 70 peratus bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Sabtu.

Ini berikutan peratusan keluar mengundi bagi Parlimen Pulai setakat jam 5 petang hanya 45 peratus

Sementara bagi DUN Simpang Jeram pula dalam tempoh yang sama hanya 59 peratus dan kesemua 61 pusat pengundian di Pulai serta Simpang Jeram ditutup sepenuhnya pada 6 petang.

Menurut data SPR, sebanyak 166,653 pengundi bagi kawasan Parlimen Pulai dan 40,379 pengundi di DUN Simpang Jeram layak mengundi pada PRK di dua kawasan terbabit.

Daripada jumlah itu, sebanyak 165,700 pengundi di kawasan Parlimen berkenaan adalah pengundi biasa, 927 pengundi awal dan 26 orang pengundi tidak hadir.

Bagi kerusi Simpang Jeram, terdapat 40,373 pengundi biasa manakala enam orang pengundi tidak hadir.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!