Ahli Majlis Ecuador dibunuh

Bolivar Vera ditemui mati di jalan raya di wilayah pantai Guayas beberapa jam selepas diculik. - Foto AFP
Bolivar Vera ditemui mati di jalan raya di wilayah pantai Guayas beberapa jam selepas diculik. - Foto AFP
A
A
A

QUITO - Ahli Majlis Ecuador, Bolivar Vera dari Duran Canton ditemui mati di jalan raya di wilayah pantai Guayas beberapa jam selepas diculik, lapor Xinhua.

Martha Vera Peralta, kakak mangsa mengesahkan kematian ahli politik itu menerusi hantaran di Facebook, yang kemudian disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Juan Zapata.

Vera telah diculik pada petang Khamis di El Arbolito ketika dalam kenderaan bersama anak saudaranya.

Sebuah kereta dinaiki beberapa lelaki bersenjata memintas kenderaannya dan mengheretnya secara paksa, menurut media tempatan.

Mayatnya ditemui di sebuah lot kosong di San Guillermo di jalan ke Salitre di Guayas, menurut laporan forensik.

Kejadian ini menambahkan lagi serangan terhadap ahli politik Ecuador pada tahun ini, termasuk pembunuhan calon presiden Fernando Villavicencio menjelang pilihan raya umum 20 Ogos, yang menyebabkan Presiden Guillermo Lasso mengisytiharkan darurat pada 10 Ogos selama 60 hari. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan: