Ibu, dua anak ditemui mati dalam rumah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Seorang wanita ditemui mati bersama dua anaknya di kediaman mereka di Kampung Baru Ampang, di sini pada Khamis.

Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah ke apartment terbabit selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki pada jam 7.31 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiga mayat membabitkan seorang wanita berusia 42 tahun serta dua anaknya masing-masing lelaki berusia 14 tahun serta perempuan berumur 15 tahun dalam keadaan lengkap berpakaian.

"Polis turut menjumpai satu sampul berisi surat wasiat dan wang tunai," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Jelasnya, pasukan patalogi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) turut hadir membuat pemeriksaan bersama forensik polis mendapati keseluruhan ruang pintu dan tingkap bilik pertama ditutup rapat.

Tambahnya, polis turut menjumpai satu bekas berisi 'fire starter' dan arang di bawah sofa bilik terbabit.

Beliau berkata, kematian ketiga-tiga mangsa juga dipercayai sudah melebihi 24 jam.

"Siasatan masih dijalankan dan setakat ini polis telah mengklasifikasi kes di bawah mati mengejut (SDR)," ujarnya.

Artikel Berkaitan:


Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)