[VIDEO] Sambut hari jadi, ulang tahun perkahwinan pada hari undi

A
A
A

JOHOR BAHRU - Tarikh pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada 9 September merupakan hari istimewa buat seorang jurugambar media.

Jurugambar Kumpulan NSTP, Nur Aisyah Mazalan bukan sahaja meraikan hari kelahirannya yang ke-35, malah ulang tahun perkahwinan yang ketujuh bersama bersama suami, Muhammad Firdaus Adnan, 34.

Lebih bermakna, Nur Aisyah menyambut hari istimewanya itu bersama enam lagi pengamal media yang juga pemilih di Parlimen Pulai yang membuang undi pada Sabtu.

Nur Aisyah yang membuang undi pada PRK Parlimen Pulai teruja menyambut hari jadi dan ulang tahun perkahwinannya pada Sabtu.
Nur Aisyah yang membuang undi pada PRK Parlimen Pulai teruja menyambut hari jadi dan ulang tahun perkahwinannya pada Sabtu.

"Hari ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya dan akan ingat sampai bila-bila, mungkin sekali dalam hidup.

"Pada sebelah pagi saya mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tampoi Indah," ujarnya ketika ditemui di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat pada Sabtu.

Pengamal media yang lain turut mengundi di Parlimen Pulai ialah wakil TVS, Yahya Kiprawi (SK Yahya Awal), Jurugambar Bernama TV, Mohd Fuad Hashim dan Jurugambar The Star, Thomas Yong (Sekolah Agama Taman Perling).

Artikel Berkaitan:

Pengamal media yang membuang undi pada PRK Parlimen Pulai.
Pengamal media yang membuang undi pada PRK Parlimen Pulai.

Sementara itu, Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia, Mohamad Fauzi Ishak turut membuang mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kempas di sini.

Mohamad Fauzi berkata, undi dalam pilihan raya adalah hak dan tanggungjawab setiap rakyat Malaysia.

"Itu tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Kebetulan PRK berlaku di sini, di kawasan saya mengundi, jadi walaupun sibuk dengan tugasan tanggungjawab kepada negara tidak dilupakan.

"Saya tidak pernah terlepas mengundi sejak mula layak mengundi. Saya juga pilih untuk keluar mengundi awal bagi memudahkan kerja-kerja seterusnya," katanya.