PRK Simpang Jeram: Teruja jadi orang pertama buang undi

Kor Siang menyerahkan dokumen sebelum membuang undi. Gambar kecil: Kor Siang
Kor Siang menyerahkan dokumen sebelum membuang undi. Gambar kecil: Kor Siang
A
A
A

MUAR - Hari membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), DUN Simpang Jeram, pada Sabtu mungkin menjadi antara hari paling bermakna dalam hidup Nga Kor Siang, 40.

Apa tidaknya, Kor Siang menjadi pengundi pertama yang membuang undi di pusat mengundi di SJK(C) Pei Chai, Bakri.

"Ya, saya rasa gembira dan teruja jadi orang yang first (pertama) mengundi hari ini.

"Seawal jam 7 pagi saya sudah tunggu di sini sebab tak mahu lambat, nanti susah.

"Sekarang saya sudah selesai mengundi saya boleh buat kerja lain," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Kor Siang berkata, setakat ini dia masih belum ketinggalan membuang undi sejak kali pertama berbuat demikian hampir 20 tahun lalu.

Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama dia menjadi individu pertama membuang undi.

"Saya memang tak pernah ketinggalan untuk mengundi, tapi hari ini saya pun tak tau jadi orang pertama buang undi," jelasnya.

Artikel Berkaitan: