Aaron-Wooi Yik, Min Hyuk-Seung Jae berentap buru slot final

Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan berdepan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae. - Foto Photo Badminton
Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan berdepan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae. - Foto Photo Badminton
A
A
A

BEREGU lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, membuktikan mereka dalam kelas tersendiri apabila mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Terbuka China pada Jumaat.

Gimnasium Pusat Olimpik di Changzhou, menjadi saksi pengalaman ternyata pihak pasangan nombor enam dunia itu apabila bangkit menjinakkan rakan senegara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin.

Set pertama Ee Yi-Yew Sin yang berstatus nombor lapan dunia bermula garang apabila menang 21-19 dalam perlawanan sarat aksi bagi memimpin permainan.

Set kedua, Aaron-Wooi Yik tenang kembali semula ke dalam permainan yang menampilkan tentangan sengit Ee Yi-Yew Sin, untuk kemenangan 21-19 bagi mengheret permainan ke set penentuan.

Set penentuan, Aaron-Wooi Yik yang mula mendapat rentak meninggalkan jauh lawan Ee Yi-Yew Sin, untuk kemenangan 21-11 dalam aksi selama 62 minit.

Keputusan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik akan berdepan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae yang menyingkirkan juara Seluruh England 2022, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Malauna.

Min Hyuk-Seung Jae yang berstatus nombor empat dunia menewaskan Shohibul Fikri-Bagas Malauna yang di kedudukan ke-13 dengan straight set 21-15, 21-17 dalam masa 39 minit.

Artikel Berkaitan: