PM ucap selamat mengundi kepada warga Pulai, Simpang Jeram

Anwar mengucapkan selamat mengundi kepada pengundi di kawasan Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang akan menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK di dua kawasan itu esok. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar mengucapkan selamat mengundi kepada pengundi di kawasan Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang akan menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK di dua kawasan itu esok. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat mengundi kepada pengundi di kawasan Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di dua kawasan itu esok.

Perdana Menteri berkongsi ucapan itu menerusi satu hantaran di Facebook malam Jumaat.

Beliau turut mengingatkan pengundi di Pulai dan Simpang Jeram untuk mengekalkan gelombang perpaduan di Pulai dan Simpang Jeram.

"Kepada yang akan pulang mengundi, berhati-hati di jalan raya dan semoga pergi dan pulang dengan selamat Insya-Allah. Selamat mengundi saya ucapkan! Pilih Harapan, Pilih Perpaduan,” katanya.

Bernama terdahulu melaporkan seramai 205,810 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, esok.

Seramai 165,509 pemilih berdaftar akan mengundi bagi Parlimen Pulai, sementara bagi DUN Simpang Jeram melibatkan 40,301 pengundi, akan memilih wakil rakyat baharu untuk menggantikan penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

PRK di kedua-dua kerusi itu diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: