Sila log masuk terlebih dahulu.

Kerajaan perbanyakkan latihan kepada guru

08 September 2023 | Video Shorts
A
A
A

SHORTS TOWNHALL 8 SEPTEMBER 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengutamakan kesejahteraan guru di negara ini, terutamanya membabitkan latihan dan maslahah (mencari yang terbaik) golongan itu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beberapa tindakan jangka masa pendek, sederhana dan panjang telah diambil, antaranya tujuh langkah untuk atasi beban guru.

Menurutnya, disebabkan guru adalah ikon utama di Malaysia yang sentiasa memberi inspirasi dan mempengaruhi individu, maka amat penting tumpuan diberikan kepada mereka.

Fadhlina berkata demikian dalam program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian pada Jumaat.

SAKSIKAN VIDEO PENUH DI:

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/681151446896189

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=dP6kOWP7_RU

Twitter: https://twitter.com/i/broadcasts/1BRJjZgEeopJw

#TownHallRakyat #SinarHarian #MenteriPendidikan #FadhlinaSidek #SamuelIsaiah #KarnivalPendidikanSinarBestari