Kembara Kenali Borneo Agong percepat pembangunan Sabah - Hajiji

Hajiji ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu.
Hajiji ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Lawatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Kembara Kenali Borneo diyakini akan mempercepatkan lagi proses pembangunan di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, banyak perkara telah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh rakyat sepanjang kembara itu berlangsung di Sabah.

"Kita cukup teruja dan gembira dengan lawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Seri Paduka Baginda menyatakan bahawa begitu tersentuh hati dapat melalui kembara Pan Borneo dari Tawau sehingga selesai di Sipitang semalam dan ia amat menyentuh hati dan Yang di-Pertuan Agong begitu senang hati.

"Banyak juga dalam kembara ini Seri Padukan Baginda dapat berjumpa dengan rakyat biasa dan beberapa perkara dikemukakan dan akan bawa perkara itu terus kepada Perdana Menteri untuk tindakan.

"Memang (lawatan percepatkan pembangunan di Sabah). Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara kita, saya ingat Seri Paduka Baginda akan berbincang dengan Perdana Menteri untuk mengatasi perkara ini (pembangunan)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat di sini pada petang Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lawatan keluarga Diraja itu menerusi Kembara Kenali Borneo sepanjang lima hari di Sabah.

Kembara itu yang bermula Ahad lalu, berakhir pada Khamis di Sipitang sebelum diteruskan ke Sarawak sehingga 13 September ini.

Mengulas lanjut, lawatan Kembara Kenali Borneo itu turut dilihat menawan hati seluruh rakyat Sabah sepanjang ia berlangsung.

Artikel Berkaitan:

"Kita cukup gembira kerana buat pertama kalinya seorang raja, Yang di-Pertuan Agong membuat satu kembara yang begitu menawan hati rakyat Sabah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!