Selesaikan maslahah guru keutamaan KPM

Fadhlina program Town Hall Rakyat Bersama Fadhlina Sidek sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf
Fadhlina program Town Hall Rakyat Bersama Fadhlina Sidek sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengutamakan kesejahteraan guru di negara ini, terutama membabitkan latihan dan maslahah (mencari yang terbaik) golongan itu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beberapa tindakan jangka masa pendek, sederhana dan panjang telah diambil, antaranya tujuh langkah untuk mengatasi beban guru.

“Kita dah mulakannya dan ada beberapa langkah seterusnya serta jangka masa panjang dalam tindakan kementerian, termasuklah hala tuju dan bidang kerjaya mereka.

“Saya sangat percaya, refleksi bangsa dan sebuah negara bila bercakap tentang rakyatnya adalah tentang pendidikan serta guru. Sebab itu, kita kena beri tumpuan kepada mereka.

“Berdasarkan inisiatif jalur ketiga KPM juga, lebih banyak penglibatan dalam CSR (tanggungjawab sosial korporat) akan dibuat, termasuk melatih guru kita yang saya percaya semangatnya luar biasa,” katanya ketika program Town Hall Rakyat Bersama Fadhlina Sidek sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf di sini pada Jumaat.

Program itu dikendalikan hos, Samuel Isaiah yang juga penerima Top 10 Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Fadhlina turut memberikan penghargaan kepada guru di negara ini dengan menyifatkan mereka mempunyai daya juang yang sangat tinggi, komited, kreatif dan berinovasi.

“Guru sangat mempengaruhi setiap daripada kita. Saya tak fikir Samuel akan jadi guru tanpa mereka yang menjadi inspirasi, begitu juga dengan saya.

Artikel Berkaitan:

“Anehnya, apabila pergi ke sekolah dan bertanyakan anak-anak murid, 80 peratus daripada mereka nak jadi guru. Saya percaya, guru adalah ikon pertama di Malaysia,” katanya.