ECX23, SAP23: Memartabatkan PKS, tetap penanda aras industri baharu

Amirudin (depan, empat dari kiri) dan Nie Ching (tiga dari kiri) memeriahkan perasmian kohort keenam bagi Selangor Accelerator Programme (SAP) edisi 2023. .
Amirudin (depan, empat dari kiri) dan Nie Ching (tiga dari kiri) memeriahkan perasmian kohort keenam bagi Selangor Accelerator Programme (SAP) edisi 2023. .
A
A
A

PERBADANAN Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) melakar sejarah dengan pengenalan Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX) 2023 dan perasmian kohort keenam bagi Selangor Accelerator Programme (SAP) edisi 2023.

Ditaja oleh Affin Bank, inisiatif-inisiatif oleh Sidec ini direka untuk menjadi pemangkin dalam memacukan Selangor ke hadapan dalam ekonomi digital, menukarkan Selangor menjadi pusat digital ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif Sidec, Yong Kai Ping berkata, Sidec ingin mewujudkan sebuah ekosistem yang mana perniagaan berteraskan teknologi dapat berkembang maju sekali gus mengubah landskap perniagaan, bukan sahaja di Selangor malah seluruh Malaysia.

Menurutnya, ini dengan memberi sokongan kepada syarikat-syarikat pemula serta menggalakkan penyelesaian e-dagang inovatif, dan membina sistem sokongan kukuh untuk usahawan-usahawan yang baru bermula.

"Pemenang anugerah ECX23 dan SAP23 kemudiannya akan mendapat keahlian bagi Kelab CXO, sebuah kelab eksklusif, yang mewakili perniagaan-perniagaan terkemuka.

"Ahli-ahli kelab ini akan berpeluang untuk menjalinkan perhubungan dan mengembangkan rangkaian dalam komuniti perniagaan yang hebat dan membawa kepada usaha niaga dan perkongsian baharu," katanya dalam kenyataan selepas majlis perasmian di Kuala Lumpur.

Pengumuman pemohon yang disenarai pendek bagi kedua-dua program berkenaan turut diumumkan pada majlis perasmian yang diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching; Exco Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han.

Artikel Berkaitan:

Kai Ping menambah Kelab CXO juga menawarkan bimbingan daripada 24 pemimpin usahawan berpengalaman atau pun ‘supercoach’ yang telah meneraju syarikat awam dan syarikat tersenarai dalam pasaran ACE, mengurus pengumpulan dana dalam jumlah yang besar serta berpengalaman dalam memupuk pertumbuhan syarikat pemula yang bertaraf ‘unicorn’.

"Pakar-pakar ini akan memainkan peranan sebagai mentor yang akan membimbing dan membantu ahli-ahli dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam industri," katanya.

Katanya lagi, Selangor kini berada pada saat yang penting dalam usaha transformasi digital di negeri berkenaan selaras sebagai sebuah negeri paling maju di Malaysia.