PRK: Polis Johor lulus 43 permit ceramah, kempen semalam

Anggota polis sentiasa berkawal dengan mengikuti setiap kempen calon yang bertanding bagi memastikan keselamatan calon, persekitaran yang selamat dan kelancaran aliran trafik. - Foto Bernama
Anggota polis sentiasa berkawal dengan mengikuti setiap kempen calon yang bertanding bagi memastikan keselamatan calon, persekitaran yang selamat dan kelancaran aliran trafik. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor telah meluluskan sebanyak 43 permit ceramah dan kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Khamis.

Menurut jurucakap media PRK Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som, sebanyak 13 permit ceramah dan 20 permit kempen telah diluluskan bagi PRK Parlimen Pulai, manakala enam permit ceramah dan empat permit kempen diluluskan bagi PRK DUN Simpang Jeram.

"Satu kertas siasatan juga telah dibuka di bawah Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 berkaitan sebarang risalah hasutan dan mencetuskan kebencian terhadap parti.

"Ia menjadikan sebanyak empat kertas siasatan dibuka bagi tempoh 26 Ogos hingga 7 September 2023, manakala sebanyak 367 permit telah diluluskan daripada 377 permohonan yang diterima," katanya pada Jumaat.

Polis Johor turut menasihatkan orang ramai yang keluar mengundi pada Sabtu agar meletakkan kenderaan masing-masing di lokasi yang dibenarkan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

"Orang ramai juga dikehendaki mematuhi arahan yang diberikan petugas bagi memastikan kelancaran proses pengundian.

"Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada," katanya.

Artikel Berkaitan: