Kerajaan hadkan pembelian beras tempatan 100kg bagi individu

SERDANG - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menetapkan had pembelian maksimum 100kg beras putih tempatan (BPT) bagi setiap individu berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood berkata, langkah itu dibuat bagi menstabilkan bekalan tersebut.
"Kita dapati ada peniaga membeli beras putih dalam satu masa (sehingga) 500 hingga 700kg.
"(Jadi) sebab itu kita buat sekatan (hadkan) bermula hari ini dengan benarkan (beli) 10 beg beras (100kg) sahaja," katanya ketika sidang akhbar selepas Sesi Dialog Belanjawan 2024 Sub Sektor Padi dan Beras Negara di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini pada Khamis.