Jepun lancar roket H2A bawa pendarat bulan

Roket H2A berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima di wilayah barat daya Kagoshima pada 8.42 pagi waktu tempatan. - Foto AFP
Roket H2A berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima di wilayah barat daya Kagoshima pada 8.42 pagi waktu tempatan. - Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Jepun melancarkan roket H2A pada Khamis yang membawa pendarat bulan, dalam usaha negara itu menjayakan pendaratan pertamanya ke bulan selepas tiga penangguhan dalam seminggu pada bulan lepas akibat cuaca buruk, lapor Xinhua.

Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) berkata, roket itu berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima di wilayah barat daya Kagoshima pada 8.42 pagi waktu tempatan.

Roket itu membawa Smart Lander JAXA untuk Menyiasat Bulan atau SLIM yang tugasnya, termasuk menunjukkan teknik pendaratan yang tepat dan memeriksa batu-batuan di bulan.

Pendaratan bulan SLIM dijadualkan pada awal tahun depan. Jika misi itu berjaya, Jepun akan menjadi negara kelima di dunia yang menghantar pendarat ke bulan.

Roket buatan tempatan itu juga membawa Misi Pengimejan dan Spektroskopi X-Ray atau XRISM untuk memerhati plasma dalam bintang dan galaksi.

Ia adalah pelancaran pertama roket besar Jepun sejak pelancaran sulung roket H3 generasi akan datang yang gagal pada Mac. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan: