Kereta mengundur laju langgar kanak-kanak perempuan

Tangkap layar rakaman video kejadian berkenaan.
Tangkap layar rakaman video kejadian berkenaan.
A
A
A

PUNCAK ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera ringan selepas sebuah kereta jenis Hyundai Elantra dipandu seorang lelaki tiba-tiba mengundur dan melanggar mangsa dan pintu hadapan sebuah premis di Jalan Eco Grandeur, di sini pada Selasa.

Kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu menyebabkan kanak-kanak terbabit mengalami calar di bahagian muka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, siasatan awal mendapati pemandu lelaki berusia 30-an itu dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke Jalan Eco Grandeur untuk mengambil anaknya pulang dari Tadika.

"Setibanya di tempat kejadian, semasa pemandu mengundur untuk memasuki petak parkir di hadapan kedai menjual makanan haiwan, dia tertekan pedal minyak secara mendadak sehingga menyebabkan kereta dipandu mengundur dalam keadaan laju," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Ambia berkata, kenderaan itu kemudiannya melanggar kanak-kanak yang sedang berjalan di kaki lima kawasan tersebut dan seterusnya melanggar pintu hadapan premis kedai.

Tular sebuah video berdurasi 59 saat memaparkan seorang kanak-kanak berada di depan kedai manakala Hyundai itu di petak parkir kawasan tersebut.
Tular sebuah video berdurasi 59 saat memaparkan seorang kanak-kanak berada di depan kedai manakala Hyundai itu di petak parkir kawasan tersebut.

"Akibat daripada kemalangan itu mangsa telah mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam untuk mendapatkan rawatan.

"Pada jam 8.30 pagi tadi (Rabu), mangsa telah disahkan berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan untuk keluar dari hospital berkenaan," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 59 saat memaparkan seorang kanak-kanak berada di depan kedai manakala Hyundai itu di petak parkir kawasan tersebut.

Tidak lama kemudian, kereta itu mengundur melanggar mangsa sebelum dibantu beberapa orang awam di lokasi tersebut.