Puncak Alam dilanda banjir kilat

Tangkap layar menunjukkan sebuah kereta meredah banjir di Jalan Persiaran Puncak Alam 6 berdekatan sebuah pusat servis kereta pada Selasa.
Tangkap layar menunjukkan sebuah kereta meredah banjir di Jalan Persiaran Puncak Alam 6 berdekatan sebuah pusat servis kereta pada Selasa.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Dua kawasan di Puncak Alam di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat di sini kira-kira jam 8 malam pada Selasa.

Dua kawasan dinaiki air iaitu di Jalan Persiaran Puncak Alam 6 berdekatan sebuah pusat servis kereta dan laluan dari Masjid Puncak Alam ke Fasa 3 berdepan lampu isyarat turut digenangi air.

Seorang pemilik akaun Facebook, Siti Khadijah memuat naik video di Facebook berhubung keadaan banjir di Jalan Persiaran Puncak Alam 6.

"Jalan banjir semua (kenderaan) kena buat Pusingan U semula," katanya menerusi satu hantaran video di Facebook pada Selasa.

Menerusi video berdurasi satu minit 26 saat itu, beberapa kenderaan termasuk kenderaan berat membuat pusingan U berikutan keadaan banjir di laluan berkenaan.

Pemilik akaun Facebook, Akhrimnizar Shamsudin berkata, terdapat beberapa kenderaan tersekat akibat tidak dapat meredah banjir di dua laluan terbabit.

"Sudah ada kereta dan motosikal breakdown (akibat banjir)," katanya menerusi ruangan komen pada video berkenaan.

Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa mengenai kejadian banjir kilat berkenaan.

Artikel Berkaitan: