Polis Johor lulus 30 permit ceramah, kempen pada Selasa

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor telah meluluskan 30 permit ceramah dan kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Selasa.

Menurut jurucakap media Pilihan Raya Keci (PRK) Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som kesemua 30 permit terbabit melibatkan lapan permit ceramah dan 13 permit kempen bagi Parlimen Pulai manakala enam permit ceramah serta tiga permit kempen di DUN Simpang Jeram (N.13).

“Polis juga telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan berkaitan bendera dan gegantung yang telah ditumbangkan dipercayai ada unsur khianat.

“Bagi tempoh mulai 26 Ogos hingga 5 September 2023, sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka manakala 324 permit telah diluluskan daripada 333 permohonan yang diterima,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Polis Johor menasihatkan agar semua parti serta kumpulan penyokong berkempen secara sihat dan menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan dengan mencabut atau membakar poster-poster, gegantung, bendera, kain rentang mana-mana parti politik.

Hal itu merupakan satu perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, berlandaskan undang-undang yang sedia ada.

Artikel Berkaitan: