Kes 1MDB: Malaysia tuntut Roger Ng kembali

Roger disabitkan bersalah pada Mac 2022 atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. - Foto Reuters
Roger disabitkan bersalah pada Mac 2022 atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. - Foto Reuters
A
A
A

NEW YORK - Malaysia mahu bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng yang disabitkan bersalah tahun lepas di New York kerana membantu merompak dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk kembali ke negara ini sebelum memulakan hukuman 10 tahunnya di penjara Amerika Syarikat (AS).

Hakim daerah AS, Margo Brodie di Brooklyn menangguhkan tarikh penyerahan Roger Ng, yang dijadualkan pada 6 September, selama sebulan kepada 6 Oktober.

Dalam hal ini, Pendakwa Raya Persekutuan berkata, mereka memerlukan lebih banyak masa untuk berbincang dengan Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum membenarkan Roger dibicarakan atas tuduhan di sana.

Kata Pendakwa Raya AS juga sedang berusaha untuk memastikan bahawa prosedur yang mengawal kepulangan defendan ke Malaysia tidak akan menangguhkan hukumannya di negara itu.

Peguam Roger bersetuju dengan penangguhan selama sebulan itu.

Roger, 51, disabitkan bersalah pada Mac 2022 atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Pada perbicaraan mahkamah bulan lepas, Pendakwa Raya AS, Drew Rolle berkata, Roger boleh dikembalikan ke Malaysia untuk dibicarakan di sana sebaik sahaja dia berada dalam tahanan AS.

Agnifilo berkata pada pendengaran itu, Malaysia mahukan kerjasama Roger dengan siasatan 1MDB yang sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi pegawai bank Goldman Sachs, bekas bos Roger, Tim Leissner, mengaku bersalah dan memberi keterangan terhadap Roger di prosiding perbicaraan.

Leissner masih belum dijatuhkan hukuman.

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang dikatakan dalang skim 1MDB, juga didakwa secara jenayah tetapi masih bebas. - Awani