Pemain pertahanan Panama mati ditembak di pelabuhan Colon

Hernandez. - Foto: Agensi
Hernandez. - Foto: Agensi
A
A
A

PEMAIN Panama berusia 26 tahun terbunuh selepas terkena tembakan oleh seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan ke arah sekumpulan orang awam di bandar pelabuhan Colon pada Ahad.

Gilberto Hernandez beraksi di benteng pertahanan pasukan kebangsaan itu.

Susulan kejadian itu pihak berkuasa mengumumkan telah menahan seorang suspek pada Isnin.

Sebelum kejadian Hernandez bersama rakan-rakan berada di sepanjang jalan di tengah Colon apabila penyerang yang berada di dalam teksi melepaskan tembakan.

Kejadian turut menyebabkan tujuh yang lain cedera.

Colon terletak 80 kilometer di utara Panama City - merupakan bandar pelabuhan keluar masuk kapal dari Laut Caribbean melalui Terusan Panama.

Wilayah Colon di Panama, dengan populasi kira-kira 300,000 merekodkan 102 kes pembunuhan pada tahun lalu.

Sebagai rekod pada 2017, pemain tengah Amilcar Henriquez yang merupakan pemain kebangsaan Panama yang layak ke Piala Dunia 2018 ditembak mati di wilayah Colon.

Artikel Berkaitan: