Tizz Zaqyah melawat remaja hilang enam ahli keluarga

Foto: Instagram Tiz Zaqyah.
Foto: Instagram Tiz Zaqyah.
A
A
A

TRAGEDI Jumaat lalu yang meragut nyawa enam sekeluarga merobek hati ramai.

Abdul Rahman Amir Ruddin, 19, hilang insan tersayang sekelip mata apabila ibu, ayah dan empat adik maut dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.

Berita duka itu meraih perhatian ramai termasuk selebriti yang terkesan ke atas ujian berat remaja tersebut.

Tidak berkecuali, pelakon Tiz Zaqyah yang berkesempatan menziarahi Abdul Rahman di Muar, semalam.

Menerusi perkongsian pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak di Instagram, dia bersyukur niat untuk melawat remaja berkenaan tercapai.

“Alhamdulillah dapat juga rezeki melawat adik Rahman petang tadi (semalam) di rumah mak ciknya di Muar.

“Alhamdulillah, ramai juga yang datang melawat. Terima kasih juga kepada yang menderma.

“Semoga ALLAH SWT permudahkan semuanya untuk adik Rahman. Salam Takziah. Al-Fatihah,” tulisnya. - Sinarplus

Artikel Berkaitan: