Penduduk UK terkejut kuda cuba naik bas

Seekor kuda padi dilihat cuba menaiki bas di Devon, UK. - Foto Agensi
Seekor kuda padi dilihat cuba menaiki bas di Devon, UK. - Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Sekumpulan penumpang bas di Devon, United Kingdom (UK) tidak menyangka seekor kuda Poni atau kuda padi cuba menaiki kenderaan awam seolah-olah cuba melarikan diri dari rumah pemiliknya.

Metro.uk melaporkan, kuda itu dilihat dibantu oleh dua lelaki memakai jaket kuning untuk memanjat tangga kenderaan awam tersebut.

Saksi kejadian berkata, dia melihat kejadian lucu itu semasa hendak letak kereta di Brixington dan sempat merakamkan video tersebut.

"Saya terdengar seorang wanita berkata, kuda itu hanya memasukkan kepala untuk bertanya khabar kepada penumpang dan kemudian keluar untuk berjalan atas jalan raya," katanya.

Difahamkan, kejadian itu bukan pertama kali berlaku apabila kuda dilihat cuba menaiki pengangkutan awam.

Pada tahun 2020, seekor kuda Poni yang melarikan diri dari pemiliknya dilihat cuba menaiki bas di hentian A48 berhampiran Cardiff, Wales.

Orang yang lalu di kawasan tersebut merakam gambar itu berada dalam bas ketika ia dibawa ke perhentian bas berdekatan di mana ia bertemu dengan pemiliknya semula. - Agensi

Artikel Berkaitan: