Bekas ADUN Bersatu sertai Amanah

Mohd Izhar Ahmad
Mohd Izhar Ahmad
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad yang keluar daripada Bersatu tahun lalu mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) pada malam Ahad.

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu pada program ceramah Mega Perpaduan Madani di Taman Rekreasi Taman Uda Utama di sini yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Izhar, yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, membuat keputusan keluar daripada Bersatu tahun lalu selepas hilang kepercayaan terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada malam Sabtu, bekas ADUN Pas Bukit Pasir,Najib Lep turut berbuat perkara yang sama dan mengumumkan penyertaan beliau dalam parti Amanah dalam satu program ceramah di Sungai Abong, Muar.

Jumaat lalu, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dalam kenyataan memaklumkan, dua bekas pemimpin utama Pas dan Bersatu bersama lebih 200 ahli dua parti itu akan menyertai parti Amanah dalam program yang berasingan. - Bernama

Artikel Berkaitan: