Bekas ADUN Pas Bukit Pasir sertai Amanah

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Bukit Pasir, Najib Lep mengumumkan penyertaan beliau dalam parti Amanah malam tadi.
Borang keahlian beliau diserah kepada Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu ceramah kelompok di Sungai Abong.
Mohamad ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan Najib dan berharap beliau akan dapat menyumbang kepada pemerkasaan dan memperkuatkan parti.
Najib adalah satu-satunya wakil Pas di DUN Johor sebelum dibubarkan pada 22 Januari lalu bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.