Hatrik Haaland bantu City tenggelamkan Fulham di Etihad

Haaland (kiri) menjadi 'mesin gol' Manchester City ketika membenam cabaran Fulham. - Foto Agensi
Haaland (kiri) menjadi 'mesin gol' Manchester City ketika membenam cabaran Fulham. - Foto Agensi
A
A
A

HATRIK Erling Haaland membolehkan penyandang juara Manchester City membelasah Fulham, 5-1, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad pada Sabtu.

Bagaimanapun Julian Alvarez (minit ke-12) dan Nathan Ake (m-50) terlebih dahulu membuka jaringan untuk tuan rumah, sebelum Tim Ream merapatkan defisit (m-33).

Keputusan di bumi keramat Manchester itu sekali gus melonjakkan The Citizens ke tempat teratas liga dengan 12 mata selepas mengharungi empat perlawanan seterusnya mengekalkan rekod 100 peratus.

Di sebalik kemenangan besar Manchester City itu, Haaland mencuri perhatian sekali lagi dengan satu lagi persembahan pemangsa di Stadium Etihad.

"Ya, saya telah kembali. Tiada masalah untuk saya kerana sentiasa lapar menjaringkan gol. Ini musim baharu dan saya bersedia untuk itu.

"Biarpun Fulham bermula agak baik tetapi kami mengakhiri permainan dengan cara yang terbaik.

"Ya, satu kemenangan penting ketika memasuki rehat antarabangsa setelah memenangi empat dalam empat. Permulaan yang baik untuk musim ini," kata Haaland mengenai hatriknya.

Haaland, yang memecahkan beberapa rekod jaringan musim lalu, menambah satu lagi apabila menjadi pemain yang aktif menjanakan gol dalam Liga Perdana Inggeris - dia kini mempunyai 43 gol dan sembilan bantuan dalam 39 penampilan Liga Perdana Inggeris.

Artikel Berkaitan:


LIGA PERDANA INGGERIS

Keputusan

Luton Town 1-2 West Ham United

Sheffield United 2-2 Everton

Manchester City 5-1 Fulham

Chelsea 0-1 Nottingham Forest

Burnley 2-5 Tottenham Hotspur

Brentford 2-2 Bournemouth

Brighton 3-1 Newcastle United