Empat MB PN bertemu Tun M

Muhammad Sanusi (tiga dari kiri), Abdul Hadi (empat dari kiri), Mahathir (tengah), Ahmad Samsuri (empat dari kanan), Mohd Nassuruddin (tiga dari kanan), Mohd Shukri (dua dari kanan) dan Takiyuddin (kanan) ketika mengadakan pertemuan di kediaman Mahathir pada Sabtu.
Muhammad Sanusi (tiga dari kiri), Abdul Hadi (empat dari kiri), Mahathir (tengah), Ahmad Samsuri (empat dari kanan), Mohd Nassuruddin (tiga dari kanan), Mohd Shukri (dua dari kanan) dan Takiyuddin (kanan) ketika mengadakan pertemuan di kediaman Mahathir pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai empat orang Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman beliau pada jam 5.30 petang, Sabtu.

Mereka ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ditemani Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Khairuddin Abu Hassan berkata, pertemuan itu bagi membincangkan pelbagai topik khususnya mengenai perancangan pembangunan ekonomi negeri-negeri di bawah pemerintahan Pas.

“Dr Mahathir berpandangan negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas mempunyai pelbagai potensi untuk dibangunkan setaraf kemajuan negeri di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia.

“Perjumpaan selama satu jam 30 minit ini berjalan dalam suasana yang amat mesra disusuli dengan hidangan minum petang bersama Dr Mahathir,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilihat menyokong parti berkenaan ketika kempen pilihan raya negeri (PRN) yang telah berlangsung 12 Ogos lalu dengan meminta pengundi memberikan kemenangan kepada PN.

PN berjaya mempertahankan tiga negeri iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya tersebut.

Artikel Berkaitan: