Slogan Pas itu Islam, Islam itu Pas punca BN-PH kalah teruk

Slogan Pas itu Islam dan Islam itu Pas menjadi punca yang membawa gabungan BN-PH kalah teruk pada PRN Kelantan pada Sabtu. Gambar kecil: Marwan
Slogan Pas itu Islam dan Islam itu Pas menjadi punca yang membawa gabungan BN-PH kalah teruk pada PRN Kelantan pada Sabtu. Gambar kecil: Marwan
A
A
A

KOTA BHARU - Slogan Pas itu Islam dan Islam itu Pas menjadi punca yang membawa gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada Sabtu.

Penganalisis politik, Dr Marwan Ismail berkata, slogan itu telah menenggelamkan semua isu yang dibangkitkan oleh BN-PH termasuklah air, pembangunan, ekonomi dan sebagainya.

"Perkara itu menunjukkan bahawa rakyat Kelantan telah ditanam dengan Islam itu Pas dan Pas itu Islam," katanya selepas diminta mengulas kemenangan besar Pas pada PRN Kelantan.

Menurut beliau, kekalahan BN-PH turut dipengaruhi oleh kegagalan jentera perang saraf gabungan itu yang dilihat tidak bersedia mendepani isu-isu penting di negeri ini.

Ujarnya, kegagalan koordinasi tugas antara UMNO, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat turun menjadi punca kepada kegagalan itu.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu memberitahu, isu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut mempengaruhi keputusan majoriti undian di negeri ini.

Pada PRN itu, Pas bersama rakan sekutunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi Perikatan Nasional (PN) menyapu 43 daripada 45 DUN Kelantan.

Dua lagi DUN iaitu Kota Lama (Parlimen Kota Bharu) dan Galas (Parlimen Gua Musang) dimenangi oleh PH serta BN.

Artikel Berkaitan:

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!