Lirik lagu BTS jadi talian hayat bagi advokasi kesihatan mental

KUALA LUMPUR - Bukan sahaja terkenal menerusi lagu dan persembahan bertenaga, kumpulan superstar BTS juga berjaya menawan hati ramai peminat seantero dunia menerusi suara advokasi ke arah mengutamakan kesihatan mental.
Kumpulan KPop BTS bukan sahaja berjaya menawan hati ramai peminat menerusi lagu dan persembahan mereka tetapi turut menyumbang ke arah advokasi kesihatan mental.
Walaupun ramai peminat BTS mungkin tidak menyedari fakta ini, hasil penyelidikan yang dibentangkan oleh para sarjana semasa Persidangan Antara Disiplin Global BTS Keempat yang baharu sahaja melabuhkan tirainya mengetengahkan perkara ini.
Seorang sarjana Indonesia menerusi kertas kerjanya bertajuk "BTS Empowering Influence on Overcoming Adversity and Embracing the Future" sangat terinspirasi untuk meneruskan minatnya dalam reka bentuk seni bina selepas mendengar satu single Inggeris ketiga BTS bertajuk 'Permission To Dance'.