Syurga buat peminat buku

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai bahan bacaan pada harga promosi sempena Jualan Gudang Karangkraf di Kompleks Karangkraf, Shah Alam yang berlangsung pada 31 Ogos hingga 10 September ini. (Gambar kecil dari kiri: Mohd Asshik, Nur Iffah Natasha, dan Nor Hazrina)
Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai bahan bacaan pada harga promosi sempena Jualan Gudang Karangkraf di Kompleks Karangkraf, Shah Alam yang berlangsung pada 31 Ogos hingga 10 September ini. (Gambar kecil dari kiri: Mohd Asshik, Nur Iffah Natasha, dan Nor Hazrina)
A
A
A

SHAH ALAM - Jualan Gudang Karangkraf buat kali kedua tahun ini ibarat syurga bagi peminat buku kerana pelbagai bahan bacaan berkualiti tinggi yang sesuai untuk semua peringkat usia dijual pada harga murah.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata pengunjung rambang mata untuk memilih novel, buku kanak-kanak, motivasi, koleksi majalah masakan, al-Quran dan bahan bacaan ilmiah lain ditawarkan kepada mereka.

Pengunjung, Nor Hazrina Kamarudin, 42, berkata, setiap kali Karangkraf mengadakan jualan gudang dia tidak pernah melepaskan peluang untuk mengunjunginya kerana sangat berbaloi.

Suri rumah itu berkata, harga ditawarkan dan kepelbagaian koleksi buku membantunya untuk berjimat cermat namun pada masa sama dapat memenuhi permintaan tujuh anaknya.

“Saya ada tujuh anak yang berumur enam hingga 22 tahun dan mereka memerlukan bahan bacaan yang berbeza, setiap orang tidak sama mengikut umur masing-masing.

“Jadi saya pilih datang ke sini (Karangkraf) kerana semuanya ada, bahan bacaan untuk saya pun ada apatah lagi harganya sangat murah. Dengan RM50 macam-macam buku saya boleh dapat,” katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Pengunjung mendapatkan pelbagai bahan bacaan yang ditawarkan pada harga promosi sempena Jualan Gudang Karangkraf di Kompleks Karangkraf, Shah Alam bermula 31 Ogos hingga 10 September ini.
Pengunjung mendapatkan pelbagai bahan bacaan yang ditawarkan pada harga promosi sempena Jualan Gudang Karangkraf di Kompleks Karangkraf, Shah Alam bermula 31 Ogos hingga 10 September ini.

Jualan Gudang Karangkraf kali kedua tahun ini kembali menemui pengunjung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini dengan tawaran diskaun sehingga 80 peratus, bermula 31 Ogos lalu dan berlangsung sehingga 10 September ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, usahawan muda, Nur Iffah Natasha Jefri, 28, berkata, dia berasa sangat teruja apabila berjaya mendapatkan buku yang sudah lama diidamkannya.

“Sudah lama saya cari buku ini tetapi tiada stok di tempat lain memandangkan ia adalah keluaran beberapa tahun lepas. Jadi, saya cuba cari di sini dan alhamdulillah jumpa,” katanya.

Mohd Asshik Abu Hanipah, 38, pula berkata, kerjayanya sebagai seorang guru al -Quran menyebabkan dia mengunjungi Jualan Gudang Karangkraf.

“Saya datang untuk mencari al-Quran yang sesuai. Sebelum ini ada juga beli tapi kerjaya saya sebagai guru agama memerlukan pelbagai bahan untuk dirujuk.“Di sini semua ada, malah ada dalam satu al-Quran itu sudah lengkap dengan terjemahan dan hadis sekali gus memudahkan saya untuk mengajar,” katanya.