Bawa lembu 'sado' bersiar-siar dalam kereta

Lee Mayer dilihat memandu kereta sedan dengan lembu jantan diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang. - Agensi
Lee Mayer dilihat memandu kereta sedan dengan lembu jantan diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang. - Agensi
A
A
A

LINCOLN - Seorang lelaki di timur laut Nebraska, Amerika Syarikat (AS) ditahan kerana membawa seekor lembu jantan bersiar-siar di dalam kereta.

Penahanan lelaki itu dibuat selepas polis menerima panggilan kecemasan 911 mengenai penampakan seekor lembu rodeo yang diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang di lebuh raya utama bandar Norfolk.

Peronda polis tidak mengambil masa lama menjejaki kereta sedan Ford Crown Victoria yang telah diubah suai dan dipandu oleh lelaki bernama Lee Meyer.

"Jangan risau, dia (lembu jantan) tidak pandai memandu," kata Meyer semasa ditahan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Polis Norfolk, Chad Reiman mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, Meyer dan lembu jantan diberi nama Howdy Doody telah melakukan perjalanan sejauh 57 kilometer (km) dari Neligh menuju Norfolk.

"Itu sebenarnya sebahagian daripada prop untuk Perarakan Rodeo Nebraska tetapi kami tidak mengetahui motif sebenar ia dipandu di atas lebuh raya.

"Apa pun, Meyer telah melakukan beberapa pelanggaran lalu lintas tetapi kami telah melepaskannya dengan amaran dia perlu membawa Howdy Doody pulang ke rumah," ujar Reiman.

Ini bukan kali pertama Meyer membawa Howdy Doody bersiar-siar di dalam kereta kerana dia pernah melakukan perkara sama pada 2017 dan 2019. - Agensi

Artikel Berkaitan: