Kerajaan komited sepenuhnya terhadap NIMP 2030 - Anwar

Anwar (tengah) pada pelancaran NIMP 2030 di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Anwar (tengah) pada pelancaran NIMP 2030 di Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Kerajaan komited sepenuhnya untuk menyokong pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), yang memerlukan anggaran jumlah pelaburan sebanyak RM95 bilion sepanjang tempoh tujuh tahun pelaksanaannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan itu sebahagian besarnya daripada sektor swasta, digunakan daripada ekuiti swasta, modal dan pasaran kewangan.

"Hampir 10 peratus akan diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu memangkin dan memberi insentif kepada pelaburan ini melalui Dana Pembangunan Perindustrian NIMP dan Dana Pelaburan Bersama Strategik NIMP,” katanya pada pelancaran NIMP 2030 di sini pada Jumaat.

Belaiu berkata, NIMP 2030 menyasar untuk meningkatkan nilai tokokan pembuatan sebanyak 6.5 peratus kepada RM587.5 bilion menjelang 2030, hasil daripada intervensi pelan induk tersebut bagi sektor berimpak tinggi.

Jelasnya, sektor berimpak tinggi tersebut termasuklah elektrik dan elektronik (E&E), kimia, kenderaan elektrik, aeroangkasa dan farmaseutikal.

"Dari segi pekerjaan, pertumbuhan 2.3 peratus dari 2023 diunjurkan. Ini susulan daripada penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi ketika negara bergerak ke arah aktiviti tokokan nilai tinggi dan peningkatan dalam automasi dan kemajuan teknologi," katanya.

Anwar juga berkata kerajaan yakin strategi dalam NIMP 2030 akan membuahkan hasil yang bermakna dan memberi impak besar kepada ekonomi negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: