84 kakitangan MBSA kurang bernasib baik dirai

Mohd Rashidi (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kakitangan MBSA yang layak.
Mohd Rashidi (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kakitangan MBSA yang layak.
A
A
A

SHAH ALAM - Bagi meringankan beban kakitangan yang kurang bernasib baik, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan kepada 84 warga kerjanya menerusi program Majlis Berbuka Puasa Iftar Jamaei 2019 semalam.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, penyerahan sumbangan itu merupakan inisiatif MBSA bagi mendekati dan menjalinkan ukhuwah bersama kakitangan yang kurang bernasib baik.

Selain itu, beliau berkata MBSA turut mengambil kesempatan berkongsi rezeki bersama kakitangan yang lebih memerlukan.

"Kakitangan yang menerima sumbangan ini terdiri daripada beberapa kategori antaranya ibu atau bapa tunggal, warga kerja yang mempunyai anak istimewa, kakitangan menghidap penyakit kronik dan lain-lain lagi," katanya ketika berucap sewaktu Majis Berbuka Puasa yang berlangsung di Hote Concorde Shah Alam hari ini.

No Image Caption

Mengulas lanjut, Mohd Rashidi berkata penerima sumbangan menerima wang tunai sebanyak RM300 melalui sumbangan Tabung Majikan Prihatin.

Beliau berkata, melalui penyerahan ini, MBSA juga berharap dapat meringankan beban warga kerja terlibat dalam membuat persiapan menyambut Ramadan.

"Saya juga harap warga kerja lain dapat bersama-sama mendoakan rakan sekerja mereka yang kurang bernasib baik ini agar dimurahkan rezeki dan diberi kekuatan," katanya.

Artikel Berkaitan: