Polis buru sekumpulan lelaki pukul gelandangan

Tangkap layar rakaman video yang tular memaparkan sekumpulan lelaki memukul gelandangan dalam kejadian di Klang. (Gambar kecil: Hoong Fong)
Tangkap layar rakaman video yang tular memaparkan sekumpulan lelaki memukul gelandangan dalam kejadian di Klang. (Gambar kecil: Hoong Fong)
A
A
A

KLANG - Polis giat mengesan sekumpulan individu terlibat kes pukul gelandangan di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya mengesan dua rakaman video yang tular di media sosial Twitter pada Sabtu memaparkan empat lelaki dipercayai warga tempatan menaiki sebuah kereta yang memukul seorang gelandangan menggunakan pemukul besbol.

Menurutnya, kejadian berlaku di bawah jambatan Pelabuhan Klang berhampiran sebuah pasar raya Lebuh Beringin.

"Pada Ahad, Kaunter Aduan Balai Polis Pelabuhan Klang juga telah menerima laporan daripada seorang wanita tempatan pada jam 12.02 tengah malam mengenai klip video terbabit di Instagram.