Seorang warga Iran, 4 Iraq dipenjara seumur hidup, bunuh rakyat AS

Badan kehakiman Iraq pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang warga Iran dan empat rakyat Iraq kerana membunuh seorang rakyat AS di Baghdad tahun lepas - Gambar hiasan
Badan kehakiman Iraq pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang warga Iran dan empat rakyat Iraq kerana membunuh seorang rakyat AS di Baghdad tahun lepas - Gambar hiasan
A
A
A

BAGHDAD - Badan kehakiman Iraq pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang warga Iran dan empat rakyat Iraq kerana membunuh seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) di Baghdad tahun lepas, lapor Xinhua memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri Iraq.

Stephen Troll ditembak mati oleh sekumpulan penculik bersenjata ketika memandu bersama keluarganya di tengah Baghdad November lepas.

Penyerang kemudian ditahan dan didakwa selepas mereka mengaku melakukan jenayah itu.

Pasukan risikan masih memburu empat lagi suspek yang terlibat dalam kes itu.

Menurut laporan media, Troll yang pernah menjadi guru Bahasa Inggeris di Baghdad juga merupakan ahli organisasi bantuan yang bergabung dengan Agensi Pembangunan Antarabangsa AS. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan: