Gempar jumpa bom mortar tepi rumah

Objek dipercayai bom mortar berukuran 30 sentimeter ditemui di Taman Tanjung Minyak di sini, pada Khamis.
Objek dipercayai bom mortar berukuran 30 sentimeter ditemui di Taman Tanjung Minyak di sini, pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Penduduk di Taman Tanjung Minyak gempar dengan penemuan bom mortar di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di sini, pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, objek berukuran 30 sentimeter itu ditemui oleh orang awam pada jam 3.05 petang, ketika individu berusia 32 tahun itu mahu mencari buluh rebung di kawasan semak berhampiran rumah adik-beradiknya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati objek dilaporkan terletak di kawasan kebun merupakan bom jenis mortar 60 mm practice yang telah berkarat selain dipercayai telah dilancarkan.

"Saksi yang menjumpai bom tersebut telah menghubungi Balai Polis Tanjung Minyak untuk tindakan selanjutnya.

Polis menutup kawasan itu dengan memasang pita keselamatan.
Polis menutup kawasan itu dengan memasang pita keselamatan.

"Pegawai yang berada di tempat kejadian telah menjalankan 'offensive search' di kawasan sekitar dan mendapati tiada sebarang objek lain yang mencurigakan," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Jelasnya, tiada sebarang kemalangan atau kerosakan harta benda awam dilaporkan malah pihak polis juga telah menutup kawasan itu dengan memasang pita keselamatan.

"Objek di bawa balik ke pengkalan untuk tindakan lanjut kerana kawasan terbabit tidak sesuai untuk melupuskan barang kes," katanya lagi.

Artikel Berkaitan: